Sokongan Pengguna
Soalan Lazim
Cari jawapan pantas berkaitan penggunaan portal, proses permohonan dan dokumen yang diperlukan.
Permohonan Pelan Bangunan
6 soalanSiapakah yang layak mengemukakan permohonan pelan bangunan baharu dan tambahan/ubahsuaian kepada MBSJ?
Pemohon yang berkelayakan mengemukakan permohonan pelan tambahan atau ubahsuaian bukan kediaman kepada MBSJ ialah:
- Arkitek Berdaftar – Kediaman, kedai, kilang dan pejabat.
- Jurutera Berdaftar – Kilang, struktur telekomunikasi dan papan iklan.
- Pelukis Pelan Berdaftar – Kediaman, kedai, pejabat dan kilang yang tidak melebihi 3,000 kaki persegi serta tidak melebihi dua tingkat.
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan pelan bangunan baharu?
Dokumen yang perlu dikemukakan ialah:
- Salinan cukai pintu terkini yang telah dijelaskan.
- Salinan dokumen hak milik atau dokumen perjanjian jual beli.
- Salinan dokumen Power of Attorney, jika berkenaan.
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan pelan tambahan atau ubahsuaian bukan kediaman?
Dokumen yang perlu dikemukakan ialah:
- Salinan resit cukai pintu terkini yang telah dijelaskan.
- Salinan dokumen hak milik atau dokumen perjanjian jual beli.
- Salinan dokumen tenancy agreement, jika berkenaan.
- Salinan Sijil Layak Menduduki atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
Apakah jenis pelan yang perlu disediakan dalam pelan bangunan?
Pelan yang perlu dikemukakan oleh perunding ialah:
- Pelan lokasi.
- Pelan tapak.
- Pelan lantai.
- Pelan bumbung.
- Pelan tampak hadapan, tepi dan belakang.
- Pelan keratan membujur dan melintang.
- Pelan sanitari.
Berapakah bilangan set pelan yang perlu dikemukakan?
Pemohon perlu mengemukakan:
- Satu set pelan linen.
- Lima set pelan kertas yang diwarnakan.
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan bagi tambahan dan ubahsuaian rumah kediaman?
Pemohon boleh mendapatkan kelulusan dalam tempoh satu hari bekerja, dengan syarat:
- Permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
- Permohonan mematuhi Garis Panduan Kelulusan Pelan Bangunan MBSJ.
- Bayaran fi proses pelan telah dijelaskan.
- Bayaran cagaran sisi binaan telah dijelaskan.
Tambahan & Ubahsuaian Kediaman
6 soalanApakah jenis pengubahsuaian yang memerlukan surat perakuan penerimaan atau surat kelulusan Kebenaran Merancang daripada Jabatan Perancang Bandar, MBSJ?
Surat perakuan penerimaan atau surat kelulusan Kebenaran Merancang diperlukan bagi:
- Pengubahsuaian premis yang melibatkan perubahan kegunaan bangunan, contohnya daripada kedai pejabat kepada asrama, hotel bajet atau pusat tuisyen.
- Pengubahsuaian premis yang melibatkan perubahan bilangan tingkat atau keluasan bangunan sedia ada.
- Pengubahsuaian rumah kediaman yang melibatkan tambahan melebihi 50% daripada keluasan lantai asal bangunan sedia ada.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin menambah tingkat rumah kediaman daripada satu tingkat kepada satu setengah tingkat?
Pemohon perlu melakukan perkara berikut:
- Mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ secara serentak dengan permohonan kelulusan pelan bangunan.
- Memastikan penambahan tingkat mematuhi ketetapan berikut:
- Rumah teres satu tingkat kepada satu setengah tingkat.
- Rumah teres satu setengah tingkat kepada dua tingkat.
- Rumah teres dua tingkat kepada dua setengah tingkat.
- Rumah teres dua setengah tingkat kepada tiga tingkat.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pemilik ingin merobohkan dan membina semula rumah kediaman?
Pemohon perlu:
- Mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ secara serentak dengan permohonan kelulusan pelan bangunan.
- Mendapatkan kelulusan permit meroboh yang dikemukakan oleh Jurutera Perunding Bertauliah.
- Mengemukakan permohonan permit sementara pembinaan bagi papan dendeng, pejabat tapak dan kabin pekerja.
Apakah pelan dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan tambahan atau ubahsuaian rumah kediaman?
Pemohon perlu melantik perunding yang berkelayakan dan mengemukakan dokumen berikut:
- Borang A.
- Borang Perakuan Pemohon.
- Borang kiraan fi proses pelan, cagaran dan fi meletakkan bahan binaan.
- Surat permohonan atau cover letter.
- Satu salinan perjanjian jual beli atau satu salinan hak milik tanah.
- Satu salinan cukai pintu terkini MBSJ bagi tempoh Januari–Jun atau Julai–Disember.
- Satu salinan Sijil Layak Menduduki Tetap atau Sementara yang lengkap.
- Surat dan pelan lulus asal bagi permohonan pindaan.
- Surat Akuan.
- Gambar rumah sedia ada.
- Borang A berserta satu set pelan struktur jenis linen dan satu set kiraan struktur daripada Jurutera Perunding Bertauliah, jika berkenaan.
- Salinan surat dan pelan kelulusan daripada Jabatan Perancangan Bandar, MBSJ jika tambahan melebihi 50% daripada pelan lantai sedia ada atau melibatkan perubahan tingkat.
- Tiga set pelan bangunan, termasuk satu set linen.
Apakah prosedur untuk membuat tambahan atau ubahsuaian kecil seperti membina pagar dan awning tanpa melibatkan pecahan dinding?
Prosedurnya adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengemukakan permohonan kelulusan Pelan Setara Kediaman melalui pelukis pelan atau arkitek.
- Bayaran proses pelan ialah RM100.00 bagi setiap kerja.
- Kelulusan akan diberikan dalam tempoh satu hari, dengan syarat permohonan lengkap dan bayaran fi telah dijelaskan.
- Dokumen yang perlu dikemukakan ialah:
- Satu salinan hak milik.
- Satu salinan cukai pintu terkini.
- Surat Akuan.
- Tiga set pelan berwarna bersaiz A3.
- Borang lantikan tong RORO berserta resit bayaran.
- Laporan tapak dan gambar mengikut format MBSJ.
Apakah garis panduan anjakan bangunan bagi kerja ubah suai bangunan kediaman di kawasan MBSJ?
Anjakan hadapan bagi anjung kereta
Tertakluk kepada anjung kereta yang tidak melebihi 20 kaki:
- Banglo: 7 kaki 6 inci
- Zero Lot: 7 kaki 6 inci
- Semi-D: 7 kaki 6 inci
- Teres: 7 kaki 6 inci
Anjakan hadapan
- Unjuran bumbung: 17 kaki 6 inci bagi semua jenis bangunan
- Dinding: 20 kaki bagi semua jenis bangunan
Anjakan tepi
- Unjuran bumbung — Banglo: 7 kaki 6 inci; Zero Lot: 13 kaki; Semi-D: 7 kaki 6 inci
- Dinding — Banglo: 10 kaki; Zero Lot: 20 kaki; Semi-D: 7 kaki 6 inci
Anjakan belakang
- Unjuran bumbung: 7 kaki 6 inci bagi semua jenis bangunan
- Dinding: 10 kaki bagi semua jenis bangunan
Anjakan lot penjuru
- Unjuran bumbung — Jenis Bangunan Lain: 17 kaki 6 inci; Rumah Teres: 7 kaki 6 inci atau 2 kaki 6 inci
- Dinding — Jenis Bangunan Lain: 20 kaki; Rumah Teres: 10 kaki atau 5 kaki
Permit Sementara & Pelan Setara
3 soalanApakah prosedur dan tempoh kelulusan permit untuk memasang khemah di hadapan rumah atau premis?
Prosedurnya adalah seperti berikut:
- Muat turun borang melalui laman web rasmi Jabatan Bangunan MBSJ.
- Lengkapkan dokumen berikut:
- Borang permohonan permit harian memasang khemah di rumah kediaman atau premis.
- Satu salinan kad pengenalan bagi permohonan individu.
- Satu salinan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi permohonan syarikat.
- Satu salinan kad jemputan majlis.
- Kemukakan permohonan yang lengkap di Kaunter Ekspres MBSJ.
Kelulusan akan diberikan serta-merta dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
Apakah prosedur untuk mendapatkan kelulusan permit perniagaan bagi pembinaan khemah untuk tujuan jualan?
Prosedurnya adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu mengisi borang permit sementara yang boleh didapati melalui laman web MBSJ.
- Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:
- Satu salinan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Surat tawaran atau surat kebenaran daripada pemilik bangunan atau tanah.
- Satu salinan hak milik atau perjanjian jual beli.
- Satu salinan surat kelulusan bersyarat permit perniagaan sementara daripada Jabatan Perlesenan MBSJ.
- Surat kelulusan sewaan petak tempat letak kereta, jika berkenaan.
- Dua set pelan lakar bersaiz A3.
- Kadar permit khemah ialah RM100.00 sehari bagi setiap unit khemah, dengan saiz maksimum 10 kaki × 20 kaki.
- Kadar penggunaan tempat letak kereta ialah RM10.00 sehari bagi setiap petak.
Adakah pemasangan dinding dalaman atau dinding sekat di premis kedai, pejabat atau kilang memerlukan kelulusan MBSJ?
Ya.
Prosedurnya adalah seperti berikut:
- Bagi keluasan lantai yang tidak melebihi 3,000 kaki persegi, pemohon perlu mengemukakan permohonan permit Pelan Setara bagi:
- Dinding sesekat atau partition.
- Pecahan dinding atau party wall.
- Sekiranya keluasan lantai melebihi 3,000 kaki persegi:
- Permohonan perlu dikemukakan melalui Jabatan OSC.
- Pemohon perlu mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Sekiranya kerja melibatkan penambahan keluasan lantai atau tambahan tingkat, pemohon perlu mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada Jabatan Perancangan Bandar MBSJ.
- Kadar bayaran adalah berdasarkan keluasan lantai.
Sijil Penyiapan & Pematuhan (CCC)
3 soalanBagaimanakah proses pengemukaan Notis Penyiapan Berperingkat oleh Principal Submitting Person (PSP) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
PSP hanya perlu mengemukakan Notis Penyiapan Peringkat 1, iaitu substruktur bagi Borang G1 hingga G3, kepada PBT melalui Kaunter OSC.
PSP perlu:
- Mengawasi kerja-kerja pada peringkat dua dan tiga.
- Mengawasi kerja substruktur serta perkhidmatan luaran dan dalaman bagi Borang G4 hingga G21.
- Memastikan semua borang disahkan dengan teratur.
- Mendapatkan surat pelepasan daripada agensi teknikal yang berkaitan.
Borang-borang G boleh dimuat turun melalui laman web berikut:
- Lembaga Arkitek Malaysia.
- Lembaga Jurutera Malaysia.
- Pertubuhan Akitek Malaysia.
- Association of Consulting Engineers Malaysia.
Apakah prosedur untuk mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi rumah banglo yang telah siap sepenuhnya?
Prosedurnya adalah seperti berikut:
- Arkitek wajib mengemukakan Borang B, iaitu Notis Memulakan Kerja Bangunan di bawah Seksyen 70(9), Akta 133, sebelum kerja pembinaan dimulakan.
- Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak interim sebelum lawatan tapak akhir.
- Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak akhir.
- Arkitek perlu mengemukakan Borang G1 hingga G21 berserta dokumen sokongan daripada agensi teknikal yang berkaitan.
- PSP perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pengeluaran CCC.
- MBSJ akan memperakukan CCC setelah semua dokumen lengkap dan diterima.
Bagaimanakah proses pengeluaran CCC?
Proses pengeluaran CCC adalah seperti berikut:
- Arkitek wajib mengemukakan Borang B, iaitu Notis Memulakan Kerja Bangunan di bawah Seksyen 70(9), Akta 133, sebelum memulakan kerja pembinaan.
- Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak interim sebelum lawatan tapak akhir.
- Arkitek perlu mengemukakan permohonan lawatan tapak akhir.
- Arkitek perlu mengemukakan Borang G1 hingga G21 berserta dokumen sokongan daripada agensi teknikal yang berkaitan.
- PSP perlu mengemukakan dokumen berkaitan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pengeluaran CCC.
- MBSJ akan memperakukan CCC setelah semua dokumen lengkap dan diterima.
Penguatkuasaan & Kompaun
5 soalanApakah tindakan yang boleh dikenakan jika saya membuat tambahan atau ubahsuaian rumah kediaman tanpa kelulusan?
Pemilik kediaman boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(11), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Kadar kompaun yang dinyatakan ialah RM12,500.00 bagi binaan yang mematuhi Garis Panduan Pelan Bangunan MBSJ.
Sebagai alternatif, MBSJ boleh mengeluarkan Notis Mengosongkan dan Merobohkan Bangunan dalam tempoh 30 hari di bawah Seksyen 72(6), Akta 133.
Apakah tindakan yang boleh dikenakan oleh MBSJ sekiranya premis tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan?
Pemilik boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(11), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Kadar kompaun yang dinyatakan ialah RM12,500.00.
Sebagai alternatif, MBSJ boleh mengeluarkan Notis Mengosongkan dan Merobohkan Bangunan dalam tempoh 30 hari di bawah Seksyen 72(6), Akta 133.
Bagaimanakah MBSJ melaksanakan tindakan penguatkuasaan?
Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan melalui:
- Rondaan tapak.
- Aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
- Aduan melalui surat.
- Aduan melalui e-mel.
Adakah MBSJ menjalankan tindakan perobohan bangunan di atas rizab tanah kerajaan?
Ya.
MBSJ membantu Pejabat Tanah dan Daerah Petaling melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN).
Apakah tindakan MBSJ terhadap projek terbengkalai dan projek bermasalah seperti keretakan bangunan?
MBSJ akan menjalankan lawatan siasatan tapak untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.
Laporan teknikal akan disediakan bagi mencari penyelesaian dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Projek Terbengkalai dan Bermasalah.
Pihak-pihak yang berkaitan akan dipanggil, termasuk:
- Pemaju.
- Pembeli atau pemilik.
- Arkitek atau jurutera.
- Agensi teknikal dalaman dan luaran.
Undang-Undang Kecil 258(1), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Sekiranya berlaku kemungkiran kepada mana-mana bangunan atau sebahagian bangunan, orang berkelayakan yang:
- Mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan bagi bangunan tersebut.
- Mengawasi pemancangan tanda bangunan.
- Memperakui bahawa pemancangan tanda telah dilakukan mengikut pelan tapak yang diluluskan.
- Mengawasi pembinaan bangunan.
- Memperakui bahawa pengawasan yang sewajarnya telah dilakukan.
Orang berkelayakan tersebut hendaklah, dalam tempoh satu minggu selepas kejadian:
- Melaporkan kemungkiran tersebut.
- Menerangkan sebab kemungkiran.
- Menyatakan tindakan pemulihan yang telah diambil.
Seksyen 71, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Sekiranya sesuatu bangunan atau kerja tanah gagal disebabkan oleh:
- Kesalahan pembinaan atau ketiadaan penyeliaan yang sewajarnya.
- Kesalahan reka bentuk atau kesalahan pengiraan.
- Kesalahan penggunaan.
Orang yang bertanggungjawab boleh dikenakan:
- Denda tidak melebihi RM500,000.00.
- Penjara tidak melebihi 10 tahun.
- Kedua-duanya sekali.
Lain-lain
2 soalanApakah yang perlu dilakukan sekiranya arkitek yang dilantik untuk rumah kediaman saya telah meninggal dunia?
Pemilik kediaman perlu:
- Mengemukakan surat pengesahan daripada Lembaga Arkitek Malaysia.
- Melantik arkitek baharu.
Apakah prosedur untuk menukar status rumah kediaman kepada asrama?
Dasar semasa MBSJ tidak membenarkan rumah kediaman dijadikan sebagai asrama.